30 Nov – Pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan menyuarakan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan selepas lebih 50 tahun berkecimpung dalam industri Bollywood. Bintang veteran itu berkata demikian selepas bergelut dengan masalah kesihatan yang serius sehingga doktor menasihatinya untuk berehat panjang dari melakukan sebarang aktiviti kerana tubuhnya yang lemah.