Buletin

Afieq Shazwan rancang ceburi bidang perniagaan

Penulis: Nisa Irina

Afieq Shazwan ceburi bidang perniagaan demi memenuhi permintaan keluarga.
Afieq Shazwan ceburi bidang perniagaan demi memenuhi permintaan keluarga.

14 Okt – Pelakon dan penyanyi baru Afieq Shazwan mendedahkan perancangannya untuk menceburi bidang perniagaan serta mengeluarkan produk sendiri pada masa akan datang.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, yang kini sedang menyambung pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa memberitahu bahawa dia menceburi bidang berkenaan demi memenuhi permintaan keluarga.

"Sebelum ini, saya mengambil jurusan kejuruteraan dan memperoleh keputusan yang agak cemerlang pada peringkat Diploma. Tetapi, bidang itu agak berat untuk saya teruskan.


"Saya tahu ramai yang bertanya kenapa tidak teruskan pengajian dalam bidang seni, bersesuaian dengan minat.

"Saya mempunyai perancangan menghasilkan produk sendiri pada masa akan datang, jadi persediaan itu penting," katanya yang dipetik dari laporan BH Online.

Walaupun kelibatnya semakin jarang muncul di kaca televisyen, namun Afieq dilihat sedang ligat menceburi bidang nyanyian selepas mengeluarkan dua buah single, "Seandainya" dan "Darjat".

Baru-baru ini, Afieq hadir memeriahkan Mini Konsert #KEKJAM yang dianjurkan oleh Celcom XPAX bagi acara Kejohanan E-Sukan Kampus yang diadakan di Paradigm Mall, Johor Bahru bersama penyanyi Harris Baba dan Wani Kayrie.

(Sumber foto: Afieq Shazwan Instagram)

Cinema Online, 14 Oktober 2019


Showtimes