Buletin

Ajay Devgn rancang terbit biopik Ramsay Brothers

Penulis: Ashraf Nasser

Walaupun sibuk dengan penggambaran filem, Ajay Devgn masih lagi mahu terlibat dalam penerbitan sebuah filem biopik.
Walaupun sibuk dengan penggambaran filem, Ajay Devgn masih lagi mahu terlibat
dalam penerbitan sebuah filem biopik.

8 Nov – Walaupun sibuk dengan penggambaran filem, pelakon Ajay Devgn juga terlibat dengan beberapa produksi dan kini sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem biopik mengenai kehidupan Ramsay Brothers.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Ajay dikatakan akan menerbitkan filem itu bersama Priti Sinha yang mempunyai hak terhadap cerita Ramsay Brothers dan Ritesh Shah yang akan bertindak sebagai penulis skrip.

"Mendiang Tulsi Ramsay dan Shyam Ramsay dengan ahli keluarga Ramsay lain memberi hak biopik mereka kepada kami.


"Ajay dan saya sangat menghargai dan teruja untuk berkongsi perjalanan yang penuh dengan suka dan duka tiga generasi Ramsay yang berjaya membina empayar seram di India," ujar Priti yang juga merupakan anak kepada penerbit terkenal Vinay Sinha.

Ramsay Brothers merupakan perintis kepada genre seram di India pernah menghasilkan karya-karya hebat seperti "Do Gaz Zameen Ke Neeche", "Guest House", "Veerana", "Purana Mandir", "Purani Haveli", "Darwaza" dan "Bandh Darwaza".

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: janbharattimes)

Cinema Online, 8 November 2019


Showtimes