Buletin

Deepika Padukone bakal terlibat dengan sekuel "XXX: Return Of Xander Cage"

Penulis: Ashraf Nasser

Deepika Padukone dalam salah satu babak 'XXX: Return Of Xander Cage'.
Deepika Padukone dalam salah satu babak "XXX: Return Of Xander Cage".

3 Dis– Selepas membuat debutnya di Hollywood, aktres popular Bollywood iaitu Deepika Padukone bakal kembali dengan filem Hollywood keduanya menerusi filem sekuel "XXX: Return Of Xander Cage".

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, selain filem sekuel "XXX" Deepika turut dilaporkan sedang giat bertemu dengan beberapa pihak untuk melebarkan lagi sayap lakonannya dalam filem-filem luar negara.

Walaupun sehingga kini masih aktres itu masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu, namun dipercayai Deepika mahu terlibat dengan lebih banyak dalam filem Hollywood.

Dalam perkembangan lain, Deepika bakal muncul dua filem terbarunya pada tahun 2020 iaitu "Chhapaak", sebuah naskhah yang diangkat dari kisah sebenar mangsa serangan asid Laxmi Agarwal.


Selain itu, dia juga bakal terlibat dengan sebuah lagi filem yang diangkat dari kisah sebenar pemain kriket berjudul "83" yang mana dia akan membawa watak sebagai isteri Kapil Dev, Romi Dev.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: cinestaan)

Cinema Online, 3 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes