Buletin

Disha Patani gembira makin banyak terima tawaran filem

Penulis: Nisa Irina

Disha Patani teruja menggalas watak utama bersama Salman Khan dalam 'Radhe'.
Disha Patani teruja menggalas watak utama bersama Salman Khan dalam "Radhe".

4 Dis– Aktres Disha Patani meluahkan rasa senang hati kerana tawaran filem yang diterimanya semakin meningkat selama empat tahun dia berkecimpung dalam industri filem Bollywood.

"Kini lebih mudah untuk saya melibatkan diri dalam filem berbanding ketika saya mula masuk dalam industri ini. Namun, terlibat dalam filem bukanlah perkara yang paling diutamakan tetapi ia mengenai jenis filem yang anda pilih dan jenis watak yang sesuai dengan diri sendiri.

"Itulah perkara yang paling sukar untuk ditentukan. Memilih filem, skrip dan watak adalah sesuatu yang mencabar," kata Disha yang dipetik dari Hindustan Times.

Dalam pada itu, Disha turut memberitahu bahawa dia berasa teruja serta tiada masalah untuk bekerjasama semula dengan bintang terkenal Salman Khan menerusi filem terbaru "Radhe" selepas "Bharat".

"Saya tak rasa saya dah gapai apa yang saya mahukan. Bagi saya, ilmu itu tiada batasan dan usaha perlu sentiasa ditingkatkan, tetapi saya senang hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Salman sekali lagi," tambahnya.


Menurut Disha, dia akan memberi fokus menjayakan lakonannya dalam filem tersebut memandangkan dia akan menggalas watak utama di samping Salman kerana sebelumnya, dia hanya membawa watak sampingan dalam filem "Bharat".

Selain "Radhe", Disha juga akan disatukan bersama aktor Aditya Roy Kapur menerusi filem thriller romantik arahan Mohit Suri berjudul "Malang" yang akan ditayangkan pada 14 Februari 2020.

Dia juga bakal tampil dalam filem terbitan Ekta Kapoor iaitu "KTina" bersama aktor gandingannya Diljit Dosanjh. Filem itu akan turut ditayangkan di pawagam pada 14 Februari 2020.

(Sumber foto: Maxim)

(Sumber artikel: Hindustan Times)

Cinema Online, 4 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes