Buletin

Fatima Sana Shaikh kembali aktif pada 2020

Penulis: Nisa Irina

Fatima Sana Shaikh akan membintangi filem komedi seram "Bhoot Police" pada 2020.
Fatima Sana Shaikh akan membintangi filem komedi seram "Bhoot Police" pada 2020.

5 Dis – Kelibatnya aktres Fatima Sana Shaikh tidak kelihatan sepanjang tahun 2019, namun ia tidak bermakna aktres itu sudah menyepikan diri dari dunia seni, sebaliknya dia bakal kembali aktif dengan lakonan pada tahun 2020.

Dalam laporan terbaru, Fatima dikatakan akan terlibat dengan sebuah projek filem pendek terbitan Karan Johar di bawah Dharmatic Entertainment, iaitu produksi digital di bawah syarikat produksi Dharma Productions.

Seperti yang dilaporkan oleh Eastern Eye, filem pendek itu bakal diarahkan oleh pembikin filem Shashank Khaitan, yang sebelum ini telah mengarah filem "Humpty Sharma Ki Dulhania" "Badrinath Ki Dulhania" dan "Dhadak".


Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak masih belum mendedahkan sebarang kenyataan atau pengumuman rasmi mengenai berita tersebut buat masa ini.

Kali terakhir Fatima dilihat di layar perak adalah menerusi filem "Thugs of Hindostan" arahan Vijay Krishna Acharya, yang ditayangkan pada tahun 2018.

Walaupun filem itu membariskan pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Aamir Khan dan Katrina Kaif, ia gagal mendapat kutipan pecah panggung di India dan menerima pelbagai kritikan.

Dalam perkembangan lain, Fatima juga akan membintangi filem komedi seram "Bhoot Police" yang menampilkan aktor Saif Ali Khan dan Ali Fazal. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 2020.

(Sumber foto: Best of Comic Books)
(Sumber artikel: Eastern Eye)

Cinema Online, 5 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes