Buletin

Filem "Rock 4" kini dalam proses suntingan akhir

Penulis: Ashraf Nasser

Filem "Rock 4" adalah kesinambungan selepas kemalangan yang berlaku dalam ketiga "Rock Bro!".
Filem "Rock 4" adalah kesinambungan selepas kemalangan yang berlaku dalam ketiga "Rock Bro!".

14 Okt – Filem paling dinanti-nantikan oleh peminat iaitu "Rock 4" nampaknya bakal menemui penonton tidak lama lagi apabila filem itu kini sudah memasuki proses suntingan akhir.

Perkara itu didedahkan oleh anak pengarah filem itu Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen yang turut memaklumkan bapanya itu sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat masalah sesak nafas yang berpunca daripada lebihan air dalam badan.

"Sebelum saya berangkat ke Bangkok untuk menyiapkan suntingan akhir filem "Rock 4", keadaan ayah baik-baik sahaja. Cuma, dia nampak penat kerana sudah beberapa malam sukar melelapkan mata.


"Buat masa ini, dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar. Doktor ada memberitahu masalah seperti itu memang biasa berlaku terutama bagi mereka yang mengidap sakit jantung," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Ini bukanlah kali pertama pengarah tersohor itu dimasukkan ke hospital kerana awal tahun lalu Mamat mengalami koma lebih dua minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital akibat masalah sama.

Bagaimanapun sebaik sahaja keluar daripada hospital, pengarah berusia 56 tahun itu kembali ke set penggambaran telefilem "7 Puasa" dan "Rock 4".

(Sumber foto: Star 2)

Cinema Online, 14 Oktober 2019


Related Movies:
Rock Bro!: Kembali Ke Pangkal Jalan (Malay) (01 Dec 2016)
Hantu Kak Limah (Malay) (16 Aug 2018)

Jwplayer article page COSG
Showtimes