Buletin

Francais "Housefull" bakal diubah ke alam sinematik?

Penulis: Nisa Irina

Barisan pelakon yang menjayakan 'Housefull 4' mungkin bakal membintangi 'Housefull 5.
Barisan pelakon yang menjayakan "Housefull 4" mungkin bakal membintangi "Housefull 5".

27 Nov– Melihat kejayaan filem "Housefull 4" mendapat sambutan luar biasa sejak ia ditayangkan, kini penerbit Sajid Nadiadwala mempunyai rancangan untuk menerbitkan alam sinematik bagi francais "Housefull".

Sehubungan dengan itu, Sajid juga mendedahkan dia mungkin akan menggabungkan aktor-aktor dari "Housefull 1" hingga "Housefull 4" untuk ditampilkan dalam filem kelima yang kini dalam perancangan.

Antara aktor-aktor yang dicadangkan selain Akshay Kumar dan Riteish Deshmukh ialah Deepika Padukone, John Abraham, Jacqueline Fernandez, Abhishek Bachchan, Bobby Deol, Kriti Kharbanda, Kriti Sanon dan Pooja Hegde.


"Premis asas bagi kesemua filem "Housefull" terhasil daripada kecelaruan yang berlaku antara tiga pasangan. Untuk filem kelima, Sajid ingin gabungkan lima pasangan untuk menambah lima kali ganda keseronokannya.

"Memandangkan filem kelima ini akan menggabungkan ramai aktor, ianya penting bagi kami untuk menyelaraskan tarikh dan jadual penggambaran.

"Tarikh rilis filem hanya akan diumumkan selepas skrip disiapkan, yang mana para penulis Sajid akan mula menghasilkannya tidak lama lagi," dedah satu sumber terdekat yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Filem "Housefull 4" telah ditayangkan pada perayaan Deepavali tahun ini dan berjaya meraih kutipan pecah panggung sekaligus menjadikan ia filem paling laris dalam francais tersebut.

(Sumber foto: IMDB)

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

Cinema Online, 27 November 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes