Buletin

Filem Kangana Ranaut "Manikarnika" bakal ditayangkan di Jepun

Penulis: Nisa Irina

Kangana Ranaut menggalas watak utama sebagai Rani Laxmibai dalam 'Manikarnika'.
Kangana Ranaut menggalas watak utama sebagai Rani Laxmibai dalam "Manikarnika".

4 Dis– Filem sejarah arahan dan lakonan aktres Kangana Ranaut berjudul "Manikarnika: The Queen of Jhansi" bakal ditayangkan di negara matahari terbit, Jepun pada 3 Januari 2020.

Menurut laporan dari Tribune India, perkara itu telah disokong oleh kenyataan Ketua Pengedaran Filem Global dan Antarabangsa, Zee Entertainment, Vibha Chopra.

"Kisah epik mengenai Rani Laxmibai ini mempamerkan kekuatan, keberanian dan pengorbanannya! Setelah ia mendapat sambutan daripada penonton secara global, kini "Manikarnika" akan ditayangkan di Jepun.


"Sehubungan dengan itu, ia menandakan filem kedua terbitan Zee Studio Antarabangsa yang ditayangkan di sana selepas filem "Kesari" pada tahun ini.

"Dengan membawa filem ini jauh ke luar daerah, kami berhasrat untuk memperkenalkan budaya India bersama kisah seorang pewira yang berjuang secara berani bagi negaranya," katanya.

Selain Kangana, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Atul Kulkarni, Mohammed Zeeshan Ayyub, Suresh Oberoi, Danny Denzongpa, Yash Tonk dan Ankita Lokhande.

Sebelumnya, filem itu telah ditayangkan pada 25 Januari secara serentak di 3,700 buah pawagam dari 50 buah negara seluruh dunia dalam versi Hindi, Tamil dan Telugu.

(Sumber foto: Apherald)

(Sumber artikel: Tribune India)

Cinema Online, 4 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes