Buletin

Lana Nodin rancang kembali berlakon

Penulis: Nisa Irina


Lana Nodin akui rindu untuk berlakon tetapi bergantung kepada kelapangan.

28 Jun – Biarpun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan perniagaan, pelakon Lana Nodin tidak merancang untuk meninggalkan dunia lakonan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata dia masih menerima beberapa tawaran berlakon pada ketika ini.

"Saya terpaksa menolak tawaran berlakon projek drama bersiri yang panjang kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Saya juga hanya mempertimbangkan tawaran membabitkan projek telefilem kerana masanya yang pendek," katanya menerusi laporan yang dipetik dari HarianMetro.

Tambah pelakon filem "Biasan" ini, suaminya sentiasa memberi sokongan dalam bidang seni yang diceburinya sejak dari dulu.

Mengakui bahawa rindu ingin kembali berlakon, Lana berkata hasratnya itu bergantung kepada kelapangan masa memandangkan dia sibuk berniaga produk.

Dalam pada itu, keluarga kecil Lana ditimpa ujian apabila anak keduanya Billy mengalami masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan pada Februari lalu.

Berbicara lanjut mengenai kesihatan Billy, Lana berkata anaknya itu sudah pulih sepenuhnya selepas pembedahan namun mereka masih memantau keadaannya dari semasa ke semasa.

Walaupun kini anak kecil itu semakin aktif, Lana akan membawa Billy untuk membuat rawatan susulan pada Ogos nanti.

(Sumber foto: Lana Nodin Instagram)

Cinema Online, 28 Jun 2019


Showtimes