2 Dis– Pelakon Lana Nodin memberitahu dia masih lagi menunggu tawaran berlakon dari penerbit dan pengarah tempatan kerana dia tidak pernah berkata ingin bersara atau meninggalkan dunia lakonan sejak mendirikan rumah tangga. Lana juga berkata dia tidak bersikap selektif, malah sanggup menerima watak pembantu. "Sebelum ini, saya pernah memperlahankan kerjaya seni kerana memberi fokus kepada suami, anak dan perniagaan. Namun, minat berlakon sama sekali tidak terhakis. "Tidak tahulah samada produksi rasa takut hendak menawarkan saya berlakon. Takutkan apa saya pun tak tahu. Mungkin ramai yang fikir saya tidak menetap di Malaysia. "Mungkin ada yang ingat saya hanya sesuai membawa watak kakak atau ibu. Hakikatnya saya sedia menggalas apa sahaja watak. Bagilah apa sahaja termasuk watak pembantu," ujarnya yang dipetik dari BH Online.