Buletin

"Marjaavaan" jadi mangsa cetak rompak

Penulis: Ashraf Nasser

Isu cetak rompak di Bollywood semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Isu cetak rompak di Bollywood semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

29 Nov – Nampaknya isu cetak rompak filem Bollywood semakin berleluasa apabila filem "Marjaavaan" pula menjadi mangsa cetak rompak.

Menurut laporan dari Masalah, filem yang dibintangi oleh Sidharth Malhotra itu masih lagi ditayangkan di pawagam, namun orang ramai sudah boleh menonton filem itu secara haram di laman sesawang cetak rompak iaitu Tamilrockers.

Isu kebocoran filem ini di laman sesawang cetak rompak nyata membuat pembikin filem gusar kerana kutipan filem itu masih lagi belum melepasi INR50 crore.


Selain Sidharth Malhotra, filem itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Tara Sutaria dan Riteish Deshmukh sebagai peneraju.

Terdahulu beberapa buah filem besar lain turut menjadi mangsa cetak rompak di laman sesawang Tamilrockers.

Antaranya adalah filem "Housefull 4" yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Akshay Kumar, Bobby Deol, Kriti Sanon, Nawazuddin Siddiqui dan ramai lagi.

Malah filem aksi "War" lakonan Tiger Shroff dan Hrithik Roshan juga turut tidak terlepas menjadi mangsa cetak rompak yang mana orang ramai boleh menonton filem penuh secara percuma.

(Sumber foto: Masala)
(Sumber foto: Koimoi)

Cinema Online, 29 November 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes