Buletin

Penggambaran filem Karan Johar, "Takht" akan berlangsung selama 170 hari

Penulis: Ashraf Nasser

Karan Johar kini dalam peringkat akhir untuk siapkan skrip filem 'Takht'.
Karan Johar kini dalam peringkat akhir untuk siapkan skrip filem "Takht".

3 Dis– Penerbit filem terkenal Karan Johar mendedahkan filem terbarunya "Takht" yang diumumkan sebelum ini akan memulakan penggambaran pada hujung Februari 2020 depan yang mana ia akan berlangsung selama 170 hari.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Karan berkata ketika ini pihaknya sedang dalam proses akhir menyiapkan skrip filem itu sebelum penggambaran bermula.

Malah pihak produksinya juga kini dalam proses untuk 'lock' tarikh untuk semua barisan pelakon terutamanya Ranveer Singh, Vicky Kaushal dan Kareena Kapoor yang mempunyai banyak babak bersama.

Berita terbaru ini nyata menggembirakan peminat yang sudah lama menanti mengenai filem selepas lama tidak kedengaran sejak ia diumumkan pada Ogos 2018.


"Takht" akan berlatar belakangkan pada era Mughal yang berkisarkan mengenai dua beradik Aurangzeb dan Dara Shikoh. Ia diangkat dari peperangan di antara anak Shah Jahan, Aurangzeb lakonan Vicky Kaushal dan abangnya Dara Shikoh yang dilakonkan oleh Ranveer Singh.

Kareen Kapoor pula akan membawa watak sebagai adik Aurangzeb dan wanita pertama Empayar Mughal, Jahanara Begum.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: DNA India)

Cinema Online, 3 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes