Buletin

Priyanka Chopra ingin Hollywood buka mata untuk Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra lebih ramai aktor Bollywood akan terkenal di Hollywood.
Priyanka Chopra lebih ramai aktor Bollywood akan terkenal di Hollywood.

29 Nov– Aktres terkenal Priyanka Chopra Jonas berharap industri perfileman Bollywood akan menjadi lebih terkenal di Barat supaya ia dapat membuka pintu peluang buat selebriti-selebriti Bollywood.

"Terdahulu, orang tak mempunyai pandangan yang luas terhadap Bollywood ketika saya mula bekerja di Amerika. Ada yang berpendapat saya pandai menari dan saya akan jawab ya, saya boleh menyanyi, menari dan berlakon.

"Sehingga satu tahap, saya perlu buka mata mereka supaya mereka nampak yang saya bukan hanya boleh buat satu benda sahaja. Bollywood bukanlah genre, tetapi sebuah industri dan kami adalah salah satu industri terbesar di dunia.


"Ia mengambil masa yang lama dan kerja keras untuk sampai ke tahap ini, dan saya sangat berpuas hati," ujar isteri kepada penyanyi Hollywood Nick Jonas itu lagi.

Seperti yang dilaporkan menerusi Pinkvilla, Priyanka yang turut dikenali sebagai 'Desi Girl', ingin melihat aktor-aktor serta filem-filem India menjadi terkenal sebagai hiburan antarabangsa.

Beralih ke perkembangan baru, Priyanka akan membintangi sebuah filem komedi romantik bersama aktres Mindy Kaling yang diterbitkan oleh syarikat produksi Hollywood Universal Pictures.

Bagaimanapun, filem itu masih belum diberi judul dan segala butiran lanjut akan diumumkan secara rasmi kelak.

(Sumber foto: Metro UK)
(Sumber artikel: Pinkvilla)

Cinema Online, 29 November 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes