Buletin

Radhika Apte dedah terima panggilan uji bakat untuk dua filem Hollywood

Penulis: Nisa Irina

Radhika Apte anggap pemilihannya untuk uji bakat filem Hollywood itu satu berita baik.
Radhika Apte anggap pemilihannya untuk uji bakat filem Hollywood itu satu berita baik.

8 Nov– Aktres Radhika Apte mendedahkan berita baik buat perjalanan kariernya apabila menerima panggilan untuk menghadiri sesi uji bakat untuk dua buah filem Hollywood terbaru.

"Saya mendapat panggilan uji bakat untuk filem baru bagi "James Bond" dan "Star Wars". Saya merakam uji bakat itu sendiri di rumah dan menghantar rakaman itu kepada mereka.

"Melihat semula fakta yang mana mereka memilih aktor seperti saya dan tidak menghadkannya kepada pelakon tertentu, adalah satu berita baik buat saya," ujarnya yang dipetik dari Deccan Chronicle.

Radhika merupakan seorang aktres berbakat yang telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya. Dia pernah dicalonkan bagi Anugerah Emmy bagi filem "Andhadhun" serta filem "Padman" yang merangkul pelbagai anugerah di India.


Buat pengetahuan umum, dia telah membuat debut menerusi filem "Vaah! Life Ho Toh Aisi!" yang dibintangi oleh aktor Ayushmann Khurrana dan Amrita Rao pada 2005.

Kini dia dilihat aktif dalam menjayakan pelbagai projek yang ditayangkan di portal penstriman video Netflix seperti "Ghoul", "Sacred Games" dan "Lust Stories".

Baru-baru ini, dia telah selesai menjalani penggambaran pertama bagi filem thiller jenayah arahan Honey Trehan, "Raat Akeli Hai", di Lucknow.

Filem itu menandakan gandingan semula Radhika bersama aktor Nawazuddin Siddiqui selepas empat tahun berkongsi skrin menerusi filem "Manjhi: The Mountain Man" dan "Badlapur" pada 2015.

(Sumber foto: Masala Pics)

(Sumber artikel: Deccan Chronicle)

Cinema Online, 8 November 2019


Showtimes