Buletin

Sara Ali Khan bakal bintangi "Love Aaj Kal 2"

Penulis: Ashraf Nasser


Sara Ali Khan terus jadi rebutan penerbit dan pengarah sejak membuat debutnya
dalam dunia Bollywood pada 2018.

14 Dis – Aktres sedang meningkat naik Sara Ali Khan bakal muncul dengan filem ketiganya iaitu "Love Aaj Kal 2" pada Hari Kekasih iaitu 14 Februari 2020.

Menurut laporan dari Masala, menerusi filem ketiganya ini akan menyaksikan aktres itu bekerjasama dengan Imtiaz Ali (pengarah) dan Karthik Aaryan (pelakon) buat pertama kali.

Menariknya filem pertama iaitu "Love Aaj Kal" yang ditayangkan pada 2009 dibintangi oleh bapanya iaitu Saif Ali Khan yang bergandingan dengan Deepika Padukone sebagai peneraju.


Terdahulu Sara membuat debutnya dalam dunia Bollywood pada tahun 2018 menerusi filem "Kedarnath" sebelum muncul dengan filem kedua "Simmba" pada tahun yang sama.

Menurut dua filem pertamanya, Sara berjaya menambat hati penonton dengan lakonan mantapnya sekaligus membuktikan dirinya mewarisi bakat dari keluarganya yang berdarah seni dan bukannya berlakon atas tiket keluarga pelakon.

Selain "Love Aaj Kal 2" yang kini dalam proses pos-produksi, Sara juga bakal muncul dengan terbarunya iaitu "Coolie No 1" yang kini dalam proses penggambaran.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Sara Ali Khan Instagram)

Cinema Online, 14 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes