Buletin

Sekuel "Veere Di Wedding" bakal dihasilkan?

Penulis: Ashraf Nasser

Salah satu babak 'liar' dalam "Veera Di Wedding".
Salah satu babak 'liar' dalam "Veera Di Wedding".

26 Nov – Aktres popular Kareena Kapoor, Sonam K Ahuja, Swara Bhasker dan Shikha Talsania dilaporkan bakal kembali bergandingan untuk filem sekuel "Veera Di Wedding".

Menurut laporan dari Pinkvilla, perbincangan mengenai sekuel filem itu sudah lama di didedahkan selepas tayangan filem pertama pada tahun 2018 dan filem terbaru itu nanti adalah kesinambungan dari filem pertama.

Filem arahan Rhea Kapoor berkisarkan mengenai empat sahabat baik yang kembali bertemu untuk perkahwinan Kalindi (Kareena Kapoor) yang mana mereka pergi melancong ke Thailand yang mana mereka akhirnya menemui dirinya mereka yang sebenar.


Dalam pada itu, menurut satu sumber pembikin filem "Veere Di Wedding" kini sedang dalam proses pembikinan skrip dan menjanjikan kejutan kepada peminat.

Kejutan apa? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: aajkikhabar)

Cinema Online, 26 November 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes