Buletin

Sweet Qismina mahu watak sesuai dengan usia

Penulis: Ashraf Nasser

Sweet Qismina terpaksa bersikap selektif demi capai hasratnya dalam dunia lakonan.
Sweet Qismina terpaksa bersikap selektif demi capai hasratnya dalam dunia lakonan.

17 Oct – Pelakon Sweet Qismina memberitahu dia kini mahu memberi keutamaan kepada tawaran berlakon yang menawarkan watak bersesuaian dengan usianya kerana sudah 'penat' menjayakan watak remaja atau budak sekolah.

"Setiap orang mempunyai fokus tersendiri dalam kerjaya dan saya juga tidak terkecuali. Saya perlu tampil dengan karakter yang membuatkan orang mahu tengok dan diingati.


"Saya perlu tetapkan sasaran yang ingin dicapai. Namun, saya akui masih ada yang melihat saya sebagai pelakon remaja. Ia tidak menjadi masalah, cuma pada usia sekarang, saya perlu mencari watak yang membawa saya ke alam dewasa," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata untuk memastikan hasratnya itu tercapai dia kini bersikap selektif terhadap tawaran berlakon kerana mahu melihat watak, jalan cerita dan gandingan terlebih dahulu sebelum beri keputusan.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon berusia 22 tahun itu bakal muncul dengan filem terbaurnya berjudul "Pusaka" yang akan menemui penonton pada 31 Oktober ini.

Filem arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Aliza Shadan dan Faizal Hussein.

(Sumber foto: Sweet Qismina Instagram)

Cinema Online, 17 Oktober 2019


Related Movies:
Rise: Ini Kalilah (English / Malay / Tamil / Chinese) (20 Sep 2018)
Showtimes