Buletin

Taapsee Pannu & Vikrant Massey bakal digandingkan dalam filem thriller romantik

Penulis: Nisa Irina

Taapsee Pannu dan Vikrant Massey akan digandingkan buat pertama kali.
Taapsee Pannu dan Vikrant Massey akan digandingkan buat pertama kali.

1 Dec – Aktres Taapsee Pannu dilaporkan bakal membintangi sebuah filem thriller romantik terbaru arahan Vinil Mathew bersama aktor gandingannya Vikrant Massey buat kali pertama.

"Para pembikin filem berpendapat gandingan baru ini bersesuaian dengan konsep filem kerana ia akan mengekalkan elemen misteri di dalamnya memandangkan mereka tidak pernah dilihat bersama sebelum ini.

"Sesi penggambaran filem ini akan dijalankan di Utara India, namun lokasi yang terperinci masih belum ditetapkan.

"Memandangkan latar belakang filem ditetapkan di sana, pembikin ingin memastikan ia kelihatan asli," dedah satu sumber terdekat.


Walau bagaimanapun seperti yang dilaporkan menerusi Mumbai Mirror, butiran lanjut mengenai jalan cerita dan judul filem masih dalam perbincangan dan belum diumumkan secara rasmi.

Dalam perkembangan lain, Taapsee baru sahaja menamatkan jadual penggambaran filem India Selatan yang mengetengahkan genre thriller perisikan di Darjeeling.

Selain itu, dia juga bakal terlibat dengan penggambaran filem thriller 'supernatural' di sebuah lokasi di luar negara pada Disember ini dan akan berangkat ke Kutch pada akhir Februari 2020 untuk penggambaran "Rashmi Rocket".

Sementara itu, Vikrant kini terlibat dengan penggambaran filem "Ginni Weds Sunny" dan bakal mempromosikan filem "Chhapaak" yang akan ditayangkan pada 10 Januari 2020.

(Sumber foto: Sify & Stars GK)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

Cinema Online, 1 Disember 2019



Pautan Berkaitan:
Showtimes