Galeri

Mampukah kumpulan "Fukushima 50" selamatkan Fukushima dari bencana?

Penulis: Nisa Irina

Bagi peminat setia aktor Jepun terkenal, Ken Watanabe dan Koichi Sato, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini. Berdasarkan kisah benar, filem arahan Setsuro Wakamatsu ini memaparkan keadaan bandar Fukushima ketika dilanda tsunami akibat gempa bumi bermagnitud 9.0 pada 11 Mac 2011, iaitu gempa bumi terbesar yang tercatat dalam sejarah Jepun. Bencana itu turut memusnahkan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. Seramai 50 orang pekerja sanggup tinggal di sana dan bergadai nyawa bagi memastikan tiada kemusnahan lebih buruk yang akan berlaku.


Isteri Toshio bersama anaknya tidak senang duduk memikirkan keselamatan
suaminya yang berada di loji janakuasa tersebut.


Detik-detik cemas dua pekerja loji janakuasa itu lari menyelamatkan diri di saat tsunami besar melanda.


Beberapa sukarelawan Fukushima 50 memakai uniform kalis radiasi untuk mencari
dan memperbaiki kerosakan di loji janakuasa itu.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 26 Julai 2020


Related Movies:
Fukushima 50 (Japanese) (30 Jul 2020)

Jwplayer article page COSG
Showtimes