Buletin

Empat pelakon Indonesia diumumkan sertai alam sinematik Bumilangit

Penulis: Nisa Irina

Joko Anwar ingin peminat bayang sendiri watak yang bakal pelakon-pelakon ini galas dalam BCU.
Joko Anwar ingin peminat bayang sendiri watak yang bakal pelakon-pelakon ini galas dalam BCU.

12 Ogos – Setelah filem-filem dalam alam sinematik adiwira Indonesia, Bumilangit Cinematic Universe (BCU) yang diangkat dari siri komiknya didedahkan tahun lalu, satu persatu para pelakonnya diperkenalkan.

Kini empat orang pelakon iaitu Reza Rahadian ("Habibie & Ainun"), Jefri Nichol ("Surat Cinta Untuk Starla The Movie"), Dimas Anggara ("The Night Comes For Us") dan Christine Hakim ("Badai Pasti Berlalu") telah menjadi pilihan penerbit untuk menyertai BCU.

Berita itu telah diumumkan oleh pembikin filem tersohor Indonesia, Joko Anwar, ketika menyertai acara virtual Disney+ Hotstar Grandfest pada Isnin.


Walau bagaimanapun, buat masa ini watak yang bakal mereka galas masih dirahsiakan dan Joko ingin para peminat berimaginasi sendiri tentang watak apa yang bersesuaian dengan mereka.

"Saya tidak sabar. Bakal ada banyak kejutan daripada saya dan BCU di Disney+ Hotstar. Ianya sangat mengujakan dan kami pasti akan bawakan magik kepada anda," ujar Reza yang dipetik dari Antara News.

Tambah Christine pula, dia berasa senang hati kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada cerita ikonik alam sinematik Bumilangit.

Terdahulu, para pelakon terkenal yang lain telah didedahkan watak mereka selepas pelancaran filem "Gundala" (2019), lakonan Abimana Aryasatya sebagai adiwira itu dan pelakon Malaysia, Bront Palarae sebagai antagonis Pengkor.

Sementara itu, Joe Taslim akan membawa watak Mandala, Chicco Jerikho sebagai Godam, Pevita Pearce sebagai Sri Asih, Chelsea Islan sebagai Tira, Tara Basro sebagai Merpati, Hannah Al Rashid sebagai Camar, Kelly Tandiono sebagai Mata Elang, Zara JKT48 sebagai Virgo, Vanesha Prescilla sebagai Cempaka dan Nicholas Saputra sebagai Aquanus.

Dalam pada itu, filem "Gundala" bakal ditayangkan menerusi Disney+ Hotstar pada Februari 2021, selepas portal penstriman itu dilancarkan di Indonesia pada September ini.

(Sumber foto: Kapan Lagi, Foto Kita & Dewi Magazine)

Cinema Online, 12 Ogos 2020


Related Movies:
Impetigore (Indonesian) (13 Jul 2020)
Satan's Slaves (Indonesian) (18 Jan 2018)

Jwplayer article page COSG

Pautan Berkaitan:
Showtimes