Buletin

Amazon Prime akan menayangkan 8 filem tempatan untuk penonton di AS & UK

Penulis: Ashraf Nasser

 Selepas ini lebih banyak karya tempatan akan ditayangkan di Amazon Prime.
Selepas ini lebih banyak karya tempatan akan ditayangkan di Amazon Prime.

21 Jan – Sebanyak lapan buah filem tempatan bakal ditayangkan untuk tontonan penonton di Amerika Syarikat dan United Kingdom selepas Primeworks Distribution Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan platform penstriman video popular Amazon Prime.

Antara filem yang akan ditayangkan adalah "Mukhsin", "J Revolusi", "Kampung Drift", "Songlap" "KIL", "Chow Kit", "Balada Pencinta" dan "Anak Jantan".

Menurut Pengurus Besar Primeworks Distribution, Lyn Nasihin; "Pengumuman hari ini adalah satu pengiktirafan kepada karya Malaysia. Kita mempunyai banyak bakat yang telah menghasilkan filem dan drama yang mampu menarik penonton global, dan kami sangat berbangga dan teruja untuk melihat mereka berjaya menembusi pasaran luar negara.


"Ini merupakan permulaan kepada kerjasama kami dengan Amazon Prime dan kita akan menyaksikan lebih banyak kandungan dari Malaysia akan ditayangkan di platform tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Lyn turut berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas panduan dan sokongan tidak berbelah bahagi.

Kerjasama ini bukan sahaja akan menayangkan filem yang diterbitkan oleh Primeworks Studios sahaja, malah akan turut menayangkan filem, drama dan telefilem yang diedarkan oleh Primeworks Distribution.

Oleh itu, lebih banyak karya-karya tempatan akan dapat ditonton di Amazon Prime pada masa akan datang.

Cinema Online, 21 Januari 2020


Showtimes