Buletin

Aditya Roy Kapur nasihatkan aktor supaya bina badan dengan sihat

Penulis: Nisa Irina

Aditya Roy Kapur tak ambil makanan tambahan mengandungi bahan bukan asli untuk bina badan.
Aditya Roy Kapur tak ambil makanan tambahan mengandungi bahan bukan asli untuk bina badan.

9 Feb – Wataknya dalam filem aksi thriller "Malang" arahan Mohit Suri memerlukan aktor Aditya Roy Kapur untuk membina badan supaya kelihatan lebih tegap.

Biarpun perlu membina badan dalam tempoh yang tertentu, namun Aditya mendedahkan dia sentiasa mengutamakan kaedah yang betul untuk mendapat bentuk tubuh ideal.

"Ianya adalah sesuatu yang positif jika para aktor dan orang ramai lebih cenderung terhadap kesihatan secara fizikal tetapi ia perlulah dilakukan dengan kaedah yang betul.

"Saya sering berasa paranoid tentang menggunakan kaedah lain. Sejak awal lagi saya sedar yang saya tak boleh mengambil makanan tambahan yang tidak mengandungi bahan asli kerana ia akan mengganggu keadaan mental saya," katanya yang dpetik dari Hindustan Times.


Selain mengamalkan diet yang seimbang, Aditya juga mendedahkan dia perlu konsisten dan memberikan sepenuh fokus terhadap proses bina badan seperti mana dia memfokuskan watak dalam filem.

Filem "Malang" menyatukan Aditya dengan aktres Disha Patani sebagai pasangan kekasih serta menampilkan aktor Anil Kapoor dan Kunal Khemu sebagai dua pegawai polis berbeza perwatakan.

Baru sahaja bermula tayangan pada 7 Februari, filem terbitan Bhushan Kumar itu telah menerima pelbagai maklum balas dan kritikan daripada para penonton dan pengkritik filem.

Selain "Malang", Aditya bakal muncul dengan beberapa projek filem lain seperti "Ludo" dan "Sadak 2" yang akan ditayangkan pada tahun ini, serta "Ek Villain 2" pada tahun hadapan.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Magzter)

Cinema Online, 9 Februari 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes