26 Mac – Dalam dunia sedang dilanda krisis kesihatan virus COVID-19, aktres Anushka Sharma menasihatkan orang ramai tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing. "Dengan rasa rendah diri, saya ingin meminta kepada semua pemilik haiwan peliharaan supaya tidak mengabaikan mereka ketika krisis ini. "Tolong lindungi dan jaga kebajikan mereka. Ia satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan jika anda abaikan mereka," tulisnya ringkas menerusi laman Instagram. Dalam pada itu, Anushka turut meraikan kejayaan filem terbitannya "Phillauri" yang kini sudah masuk tiga tahun sejak ia ditayangkan.