Buletin

Aishwarya Rai pernah tolak filem Brad Pitt "Troy"

Penulis: Nisa Irina

 Brad Pitt (kanan) nantikan peluang untuk berlakon dengan Aishwarya Rai.
Brad Pitt (kanan) nantikan peluang untuk berlakon dengan Aishwarya Rai.

17 Jul - Diva Bollywood Aishwarya Rai Bachchan pernah mengecewakan bintang Hollywood Brad Pitt apabila dia menolak tawaran Pitt untuk membintangi filem epik sejarah "Troy" (2004).

"Jika berpeluang, saya teringin untuk bekerja dengan Aishwarya Rai Bachchan kerana dia adalah seorang pelakon versatil.

"Dia adalah salah seorang aktres paling terkenal di Bollywood, yang berjaya mencipta nama di Barat atas gaya, kejelitaan dan lakonannya.

"Kami telah terlepas peluang untuk berlakon bersama dalam "Troy"," ujar Pitt dalam satu temubual pada 2012.

Menurut laporan dari Hindustan Times, difahamkan faktor Aishwarya menolak tawaran itu adalah kerana tidak berasa selesa untuk memfilemkan beberapa babak filem tersebut.

Sehubungan dengan itu, watak Briseis yang sepatutnya dibawa oleh Aishwarya akhirnya jatuh ke tangan aktres Rose Byrne, dan filem itu berjaya memecah rekod pecah panggung.

Jika Aishwarya bersetuju untuk berlakon filem itu, maka ia akan menandakan debutnya di industri Hollywood. Walau bagaimanapun, dia akhirnya membuat debut dalam filem "Bride & Prejudice".

Buat makluman lanjut, Aishwarya juga telah membuat penampilan dalam beberapa filem Hollywood seperti "The Pink Panther 2", "The Mistress of Spices", "The Last Legion" dan "Provoked".

Kali terakhir dilihat dalam filem "Fanney Khan", Aishwarya bakal kembali ke layar perak dengan sebuah filem arahan Mani Ratnam, "Ponniyin Selvan", yang akan ditayangkan pada 2021.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Feel Grafix & Esquire)

Cinema Online, 17 Julai 2020


Showtimes