3 Jun – Pembikin filem dan aktor Anurag Kashyap mengumumkan penubuhan syarikat produksi terbarunya yang diberi nama Good Bad Films berserta sebuah filem baru berjudul "Choked: Paisa Bolta Hai". Pengumuman itu telah dibuat menerusi laman Instagram miliknya, sekaligus memperkenalkan laman Instagram rasmi Good Bad Films berserta logonya. Sehubungan dengan itu, pengarah filem "Bombay Velvet" itu turut memperkenalkan dua orang rakan kongsinya yang terlibat dalam pertubuhan Good Bad Films iaitu Dhruv Jagasia dan Akshay Thakker.