Buletin

Aparshakti Khurana jayakan watak utama dalam "Helmet"

Penulis: Nisa Irina

Aparshakti Khurana.
Aparshakti Khurana.

1 Apr – Seperti abangnya Ayushmann Khurrana, aktor Aparshakti Khurana dilihat semakin terkenal di persada industri filem Bollywood dan tahun ini sahaja dia sudah terlibat dengan tiga buah projek filem baru.

Aparshakti memulakan tahun 2020 dengan meraikan kejayaan filem "Street Dancer 3D" arahan Remo D'Souza yang turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Varun Dhawan, Shraddha Kapoor, Prabhu Deva dan Nora Fatehi.

Kini Aparshakti sedang menantikan filem komedi terbarunya berjudul "Helmet", yang mana dia digandingkan semula dengan Abhishek Banerjee. Kedua-dua mereka pernah menjayakan filem "Stree" (2018).

Walau bagaimanapun, buat masa ini pembikin filem berkenaan masih belum mendedahkan tarikh rilisnya memandangkan ia kini dalam proses pos-produksi. Namun ia dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.


Dalam pada itu, Aparshakti mencadangkan bahawa Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India merupakan tempoh terbaik untuk memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai kehidupan.

"Saya rasa sekarang ini ramai orang yang mengambil mudah sesuatu perkara. Sejurus sahaja mereka menyambung kerja, mereka hanya akan mementingkan kerja mereka sahaja.

"Saya harap selepas tamat perintah berkurung ini, orang ramai akan menjadi lebih baik dan memulakan hubungan yang sihat serta menghormati antara satu sama lain.

"Dalam tempoh ini saya meluangkan masa dengan membaca skrip atau berlatih pembacaan menerusi panggilan video. Selain itu, saya juga belajar memasak serta mencipta lagu, dan yang paling penting masa bersama isteri saya," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Aparshakti Khurana)

Cinema Online, 1 April 2020


Showtimes