Buletin

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Penulis: Ashraf Nasser

Berita pemergian Ashraf Sinclair nyata mengejutkan dunia seni Indonesia dan Malaysia.
Berita pemergian Ashraf Sinclair nyata mengejutkan dunia seni Indonesia dan Malaysia.

18 Feb – Pelakon popular Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 40 tahun pagi tadi akibat serangan jantung.

Berita mengenai pemergiaan pelakon tempatan yang mencipta nama di Indonesia itu telah disahkan oleh pengurus isterinya iaitu Doddy.

"Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi," ujarnya kepada Kompas.com.


Ashraf dilaporkan terkena serangan jantung sebelum meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi.

Terdahulu Ashraf telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) pada 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair.

Pemergian seorang pelakon berbakat besar ini terus menambah duka buat peminat tempatan yang baru sahaja kehilangan pelawak dan pelakon terkenal Abam Bocey dua minggu yang lalu.

(Sumber foto: Ashraf Sinclair Instagram)

Cinema Online, 18 Februari 2020


Showtimes