Buletin

Azwan Ali didenda RM17 ribu kerana hina petugas hospital

Penulis: Ashraf Nasser

Selepas videonya tular, Azwan Ali telah tampil membuat permohonan maaf.
Selepas videonya tular, Azwan Ali telah tampil membuat permohonan maaf.

28 Mac – Artis kontroversi Azwan Ali telah didenda sebanyak RM17,000 selepas mengaku bersalah atas tuduh menghina petugas Hospital Putrajaya yang mengendalikan wabak pandemik COVID-19 baru-baru ini.

Hukuman didenda itu dibuat oleh Hakim Azura Alwi yang turut memerintahkan artis itu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Menurut laporan dari BH Online, Azwan memuat naik video jelik berkenaan menerusi laman YouTube miliknya iaitu "DIVAAATERSOHOR" pada 24 Mac lalu.

Susulan video itu tular, satu laporan polis telah dibuat terhadap Azwan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 25 Mac oleh pihak Hospital Putrajaya kerana penularan video itu nyata menjejaskan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan.


Artis itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 19998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duannya.

Diharap masyarakat di luar sana berfikiran matang dan jangan lakukan tindakan tidak berfaedah dalam situasi negara ketika ini.

(Sumber foto: Rotikaya)

Cinema Online, 28 Mac 2020


Showtimes