Buletin

Beberapa babak 'panas' dalam "Love Aaj Kal" dipotong

Penulis: Ashraf Nasser

Salah satu babak 'panas' antara Kartik dan Sara yang dipotong.
Salah satu babak 'panas' antara Kartik dan Sara yang dipotong.

13 Feb – Setelah lama menunggu klasifikasi filem "Love Aaj Kal", pihak Lembaga Penapisan Filem (CBFC) di india akhirnya telah mengeluarkan klasifikasi filem tersebut dengan beberapa babak 'panas' dalam filem itu terpaksa dipotong.

"Love Aaj Kal" mendapat klasifikasi U/A iaitu penonton bawah 12 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Menurut laporan dari Pinkvilla, keputusan klasifikasi itu hanya diketahui beberapa hari sebelum tayangan filem itu berikutan mendapat bantahan daripada ahli lembaga ketika proses tapisan berlangsung.

Beberapa babak antara pelakon utama iaitu Kartik Aaryan dan Sara Ali Khan turut di ubah supaya tidak kelihatan keterlaluan.


Antara babak yang dipotong terus adalah babak bercium pada permulaan filem dan juga babak 'panas' antara kedua-dua pelakon itu.

Pembikin filem juga diminta untuk mengubah babak 'persetubuhan' dan diarahkan untuk mengaburkan beberapa perkara dalam babak itu.

Selain visual, pihak CBFC turut meminta pembikin filem untuk menukar beberapa perkataan dan dialog asal yang dikatakan tidak sesuai untuk tontonan ramai.

Filem arahan Imtiaz Ali ini adalah filem 'remake' dari filem asal dengan judul sama 11 tahun lalu yang mana ia dibintangi oleh Saif Ali Khan yang merupakan bapa kepada pelakon utama "Love Aaj Kal" terbaru.

"Love Aaj Kal" akan menemui penonton pada 14 Februari bersempena dengan Hari Kekasih.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Pinkvilla)

Cinema Online, 13 Februari 2020


Showtimes