Buletin

Bella Dally puas dapat jayakan watak dalam "Adellea Sofea"

Penulis: Ashraf Nasser

Bella Dally berpuas hati apabila dapat jayakan watak seorang wanita yang berperwatakan kuat!
Bella Dally berpuas hati apabila dapat jayakan watak seorang wanita yang berperwatakan kuat!

15 Jan – Pelakon Bella Dally mengakui teruja apabila dia akhirnya dapat menjayakan watak idamannya menerusi drama popular ketika ini iaitu "Adellea Sofea" yang mana lakonannya mendapat pujian penonton.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally, walaupun wataknya itu bukanlah watak utama, tetapi dia tetap berpuas hati apabila dapat menjayakan watak itu.

"Sebenarnya, saya sudah lama mengidamkan watak seperti itu. Illiya digambarkan sebagai wanita tegas, berdikari, bergaya dan bijak. Apatah lagi dalam dunia realiti saya memang 'adore' wanita yang berperwatakan seperti itu.


"Lama sangat saya tak berlakon watak yang kuat. Sebelum ini saya selalu diberikan watak lemah lembut saja. Jadi, apabila dapat peluang ini saya cuba buat yang terbaik dan melepaskan geram. Alhamdulillah, drama ini memberi kesan bagus kepada saya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya pelakon "Desolasi" itu berkata rezekinya dalam dunia seni semakin mencurah-curah sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua tahun lalu.

Selain berlakon, Bella juga sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan miliknya termasuk sibuk dengan aktiviti sebagai duta produk.

(Sumber foto: Bella Dally Instagram)

Cinema Online, 15 Januari 2020


Related Movies:
Desolasi (Malay) (08 Dec 2016)
Showtimes