Buletin

Beto Kusyairy undur diri dari media sosial

Penulis: Nisa Irina

Beto Kusyairy doakan supaya semua pihak kekal sihat dan selamat.
Beto Kusyairy doakan supaya semua pihak kekal sihat dan selamat.

1 Apr – Melihat keadaan peperangan yang semakin rancak berlaku antara penggiat seni tempatan dan orang ramai, pelakon Beto Kusyairy membuat keputusan untuk mengundur diri dari media sosial buat sementara waktu.

"Masa untuk 'social media distancing' juga untuk aku. Terlalu banyak kebodohan. Terlalu banyak penghinaan. Sifat benci ada di mana-mana.

"Sehingga itu, jaga kesihatan, jaga keselamatan," ringkas dan mendalam kata-kata pelakon filem "Bisik Pada Langit" ini yang ditulis menerusi laman Twitter dan Instagram miliknya semalam.

Dalam kesempatan itu, Beto sempat memberi ucapan penghargaan kepada para barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga serta bergadai nyawa bagi membantu seluruh rakyat Malaysia.


"Kepada semua barisan hadapan.. doktor dan jururawat, semoga Allah memberi kekuatan kepada kalian yang membantu golongan yang memerlukan.

"Terima kasih atas jasa, semangat dan pengorbanan kalian," tambahnya lagi.

Perbalahan dan pertelingkahan mula tercetus selepas pelakon Zarina Anjoulie membidas artis-artis yang meminta bantuan khusus daripada pihak kerajaan sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Malah peperangan dilihat bagaikan tiada kesudahan apabila terdapat artis-artis yang membalas kenyataan Zarina menerusi laman sosial sehingga melibatkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

(Sumber foto: Beto Kusyairy Instagram)

Cinema Online, 1 April 2020


Related Movies:
Bisik Pada Langit (Malay) (22 Sep 2017)

Pautan Berkaitan:
Showtimes