Buletin

Boy Iman diisytihar muflis kerana projek rumah mampu milik tak siap

Penulis: Ashraf Nasser

Boy Iman belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu terbaru ini.
Boy Iman belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu terbaru ini.

2 Jul – Pelakon dan ahli perniagaan kontroversi Dato' Boy Iman kini telah diisytihar muflis selepas gagal melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat oleh seorang individu terhadap Boy menerusi syarikatnya DBI Technology Sdn Bhd ada urusan pembinaan rumah mampu milik DBI Homes.

"Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.


"Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

"Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa 'scam'," ujar peguam yang mewakili pemiutang iaitu Hizri Hasshan.

Sekitar hujung tahun 2017 dan awal tahun 2018, industri hiburan tanah air kecoh apabila Boy Iman bersama beberapa individu telah direman di beberapa negeri selepas disyaki terlibat dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Bagaimanapun kes itu sehingga kini masih lagi belum selesai.

Selain terpalit dengan kontroversi penipuan rumah, pelakon 'sendu' ini juga sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto menerima sijil doktor falsafah (Phd) dalam satu majlis yang didakwa warganet 'seperti majlis sambutan hari jadi kanak-kanak'.

Dia kemudian sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila memuat naik foto di hadapan pintu pagar istana Pahang dengan memakai pakaian istiadat dengan memakai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

(Sumber foto: Boy Iman Instagram)

Cinema Online, 2 Julai 2020


Showtimes