3 Jul – Pelakon dan ahli perniagaan kontroversi, Dato' Boy Iman memberitahu dia tidak mengetahui dirinya diisytihar muflis dan hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media semalam. Berikutan itu, Boy atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman akan memfailkan rayuan kepada mahkamah berhubung perkara itu untuk menyelesaikannya secara insolvensi. "Saya memang terkejut apabila mengetahui keadaan diri yang sudah diinsytiharkan bankrap. Ini kerana saya tidak mahu menahu mengenainya.