Buletin

Dayana Roza bakal bergelar tunang orang tidak lama lagi

Penulis: Nisa Irina

Dayana Roza janji akan kongsikan detik indahnya bersama para peminat tidak lama lagi.
Dayana Roza janji akan kongsikan detik indahnya bersama para peminat tidak lama lagi.

8 Jul – Pelakon Dayana Roza akhirnya mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang usahawan bernama Adale Adham selepas berkongsikan fotonya bersama jejaka itu di laman Instagram baru-baru ini.

Menurut Dayana, atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, dia dan Adale sudah berkawan rapat sejak enam tahun lalu dan perasaan cinta masing-masing mula berputik pada tahun ini.


Pelakon filem "Kron" itu juga memberitahu dia dan pasangan sudah merancang untuk mengikat tali pertunangan tidak lama lagi, namun masih belum menetapkan tarikh majlis.

"Memang kami dalam perancangan untuk bertunang dalam masa terdekat. Cuma saya belum dapat mendedahkan lagi tarikhnya.

"Pasti saya akan berkongsi detik indah itu kelak dengan semua orang. Dia sayangkan keluarga saya. Malah, menyayangi emak saya seperti ibu kandung sendiri," katanya yang dipetik dari BH Online.

Perkongsian Dayana itu telah menarik perhatian ramai peminat serta rakan-rakan artis seperti Adeline Tsen dan Wanna Ali, yang rata-ratanya mengirimkan ucapan tahniah.

Beralih ke karier lakonan, Dayana bakal muncul dalam drama adaptasi novel "Mencari Kiblat Cinta" bersama pelakon Syazuwan Hassan dan Husna Mustaffa, serta filem aksi "Remp-It 2" arahan Farid Kamil.

(Sumber foto: Dayana Roza Instagram)

Cinema Online, 8 Julai 2020


Showtimes