28 Nov – Biarpun kerjaya seninya masih terjejas gara-gara pandemik COVID-19, namun bintang Bollywood Deepika Padukone bersyukur kerana tidak terpisah dengan suaminya yang juga aktor, Ranveer Singh, sepanjang pelaksanaan Perintah Berkurung. "Kami langsung tidak merungut. Tak dinafikan tempoh berkurung adalah tempoh sukar bagi ramai orang dan sebab itu, apa yang saya benar-benar rasa sepanjang tahun ini adalah rasa bersyukur. "Hanya berada di rumah bersama-sama dalam keadaan selamat sudah cukup buat saya. Nasib baik, kami tidak terpisah sewaktu tempoh itu, seperti mana yang berlaku kepada segelintir orang. Jadi apa lagi yang perlu minta?" katanya yang dipetik dari Bollywood Life. Baru-baru ini, pasangan itu telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua dan perayaan Deepavali bersama-sama dengan berkongsikan beberapa keping foto romantik di laman Instagram.