Buletin

Faraaz Khan kini dirawat di ICU akibat jangkitan otak

Penulis: Nisa Irina

Orang ramai yakin filem "Leftenan Adnan Director's Cut" akan dapat kutipan tinggi dipawagam.
Pooja Bhatt (kanan) telah memberikan sumbangan kepada keluar Faraaz Khan.

16 Okt – Bekas aktor Bollywood Faraaz Khan sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Vikram, Bengaluru, selepas disahkan menghidap jangkitan otak dan pneumonia.

Difahamkan bintang filem "Mehndi" telah dikejarkan ke hospital pada 8 Oktober dan kini keluarganya berusaha meminta sumbangan kewangan sebanyak Rs 25 lakhs (RM141,420.36) bagi menanggung kos rawatan.

"Doktor memaklumkan bahawa ada kemungkinan Faraaz akan sembuh dan kembali menjalani hidup seperti sedia kala.

"Namun perkara ini hanya akan berlaku jika dia menerima rawatan lanjut di ICU dan penjagaan perubatan yang rapi.


"Ini hanya akan berlaku dengan bantuan dan sokongan anda," kata adiknya yang juga aktor TV, Fahmaan Khan yang dipetik dari The Indian Express.

Tambah Fahmaan lagi, abangnya kini tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada alat pengalih udara ('ventilator') sejak lima hari lalu.

Sehubungan dengan itu, aktres Pooja Bhatt tampil menghulurkan sumbangan serta mengajak orang ramai untuk turut sama menyumbang menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Untuk rekod, Faraaz pernah membintangi filem-filem seperti "Fareb", "Prithvi" dan "Dulhan Banoo Main Teri" dan rancangan TV seperti "Ssshhhh...Koi Hai", "Raat Hone Ko Hai" dan "Sinndoor Tere Naam Ka".

(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: Youviu & Bollywood Hungama)

Cinema Online, 16 Oktober 2020


Showtimes