Buletin

Farhan Asri teruja galas watak jahat dalam telefilem "Izrail Memanggil"

Penulis: Nisa Irina

Farhan Asri bijak bahagikan masa antara dunia seni dan pelajaran.
Farhan Asri bijak bahagikan masa antara dunia seni dan pelajaran.

7 Jan – Bekas naib juara Hero Remaja 2017 Farhan Asri meluahkan keterujaannya apabila pertama kali diberi tanggungjawab untuk menggalas watak antagonis dalam telefilem "Izrail Memanggil".

"Ini pengalaman baru untuk saya dalam menjayakan watak jahat kerana sebelum ini saya sering diberikan peranan berbeza.

"Memegang watak Badri, saya berterima kasih kepada pengarah yang banyak membantu saya dalam menjayakan telefilem itu," katanya yang dipetik menerusi Harian Metro.

Diarahkan oleh Zamri Zakaria, telefilem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Fauziah Nawi, Hafreez Adam, Zaid Zarin dan Iswan Ismail.


Dalam pada itu, pelakon drama bersiri "Cik Reen Encik Ngok Ngek" ini memberitahu dia berhasrat untuk mencipta nama dalam industri atas usaha sendiri dan tidak mahu terburu-buru.

"Lihat sahaja Syafiq Kyle. Namanya tidak terus menyerlah selepas tamatnya Hero Remaja tetapi dia membina nama perlahan-lahan sehingga berjaya mengukir populariti yang dikecapinya sekarang.

"Saya nak jadi sepertinya. Banyak pengalaman yang ditimba sebelum dia berjaya seperti hari ini," tambahnya lagi.

Selain berlakon, Farhan juga membahagi masanya untuk menyambung pengajian separuh masa sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Komunikasi Interpersonal.

(Sumber foto: Farhan Asri Instagram)

Cinema Online, 7 Januari 2020


Showtimes