Buletin

Fauzi Nawawi sedia maafkan penyebar video lucah miripnya

Penulis: Ashraf Nasser

Fauzi Nawawi bakal muncul dengan tiga buah filem aksi terbaru.
Fauzi Nawawi bakal muncul dengan tiga buah filem aksi terbaru.

29 Jun – Pelakon popular Fauzi Nawawi terbuka untuk memaafkan individu yang menyebar video lucah miripnya sekiranya individu tersebut tampil untuk bertemu dan memohon maaf kepadanya secara bersemuka.

"Saya beri peluang sekiranya berani tampil mohon maaf, saya akan ampunkan. Jika berdiam diri, saya akan pastikannya menerima balasan dari segi undang-undang," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Menurut Fauzi, dia sudah pun membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut dan kini sedang menunggu pihak polis memanggilnya untuk memberikan keterangan.

"Mereka (polis) sudah ke rumah saya mengambil gambar ketika berita penyebaran ini diterima. Apabila tindakan undang-undang diambil, minta maaf saya tidak boleh tolong apa-apa sekiranya dia memilih untuk berdiam diri."


Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata dia terpaksa membuat laporan polis kerana perkara itu bukan sahaja membabitkan dirinya sahaja, tetapi juga keluarga.

Malah sejak penyebaran video tersebut, laman sosialnya dibanjiri dengan komen-komen tidak sepatutnya.

Bagaimanapun saya bernasib baik kerana isteri iaitu Lisdawati yang sentiasa memberikan semangat untuknya menghadapi isu ini sehingga selesai.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 47 tahun ini memberitahu dia kini sudah mula masuk ke set penggambaran drama bersiri terbarunya berjudul "Luka Di Hati Diya".

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan filem aksi "Polis Evo 3" dan juga "Coast Guard" yang masih lagi menanti tarikh tayangan, serta filem ketenteraan "Bakara" yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

(Sumber foto: Fauzi Nawawi Instagram)

Cinema Online, 29 Jun 2020


Related Movies:
Munafik 2 (Malay) (30 Aug 2018)
Showtimes