Buletin

Filem "Wira" kini boleh ditonton di Netflix

Penulis: Ashraf Nasser


"Wira" merupakan antara filem aksi tempatan terbaik pernah dihasilkan.

11 Jun – Selepas mencipta kejayaan pada tahun lalu, filem aksi tempatan "Wira" menjadi filem tempatan terbaru yang akan ditayangkan di platform penstriman video Netflix.

Netflix yang mendapat hak untuk menayangkan filem "Wira" membolehkan pelanggan dapat menonton filem arahan Adrian Teh itu bermula 15 Jun ini.


"Kini orang Malaysia yang tinggal di serata dunia akan mendapat peluang untuk menonton filem yang berkisarkan mengenai hero kita," ujar Adrian yang dipetik dari Variety.

Terdahulu, filem yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw dan Primeworks Studios ini telah ditayangkan di lebih 100 pawagam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.

Ini bukanlah filem pertama Adrian Teh yang ditayangkan di Netflix kerana sebelum ini filem aksi ketenteraan "Paskal The Movie" turut ditayangkan di platform itu.

Selain "Wira" dan "Paskal The Movie", Netflix turut menayangkan beberapa filem tempatan lain, antaranya "Pulang", "Munafik 2", "Polis Evo", "Sangkar", "Dendam Pontianak", "Fly By Night", "Jagat" dan "Crossroads: One Two Jaga".

Cinema Online, 11 Jun 2020



You May Also Like:
To read this article in English, CLICK HERE
Showtimes