Buletin

Gauri Khan dedah Shah Rukh Khan gemar memasak ketika kuarantin

Penulis: Nisa Irina

Gauri Khan akui sangat gemarkan masakan Shah Rukh Khan.
Gauri Khan akui sangat gemarkan masakan Shah Rukh Khan.

29 Sep – Kes penularan wabak COVID-19 di India yang kini berada di tahap membimbangkan merupakan faktor utama ramai bintang Bollywood lebih selesa mengkuarantinkan diri di rumah demi menjaga keselamatan.

Sehubungan dengan itu, bintang Bollywood Shah Rukh Khan juga dilihat banyak meluangkan masa bersama isteri, Gauri Khan, serta anak-anaknya Aryan, Suhana yang pulang dari New York dan si cilik AbRam.

Menurut Gauri, masa mereka di rumah tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja, sebaliknya diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, termasuk menonton filem dan menghadiri kelas secara dalam talian.

"Suhana sibuk dengan kelas dalam taliannya setiap hari. Aryan sedang berehat dari kolej dengan menonton filem dan bermain permainan video.

"AbRam pula baru masuk sekolah, sesuatu yang baru buatnya. Namun dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam keadaan sebegini biarpun usianya masih kanak-kanak.


"Ketika perintah berkurung, kami agak takut untuk memesan makanan dari luar. Jadi Shah Rukh memasak hidangan rumah sendiri dan kami sangat menikmatinya.

"Dia suka memasak dan saya sangat gemarkan masakannya," kongsi Gauri yang dipetik dari laporan Filmfare.

Dalam perkembangan lain, Gauri akan membuat debut sebagai seorang penulis dengan bukunya berjudul "My Life in Design", sementara Shah Rukh Khan pula dilihat berlakon kali terakhir dalam filem "Zero".

Biarpun terdapat pelbagai laporan mengenai filem-filem baru yang bakal dibintangi aktor itu, namun sehingga kini dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Gauri Khan Instagram)

Cinema Online, 29 September 2020


Showtimes