Buletin

Hun Haqeem jadi buruan pengarah

Penulis: Nisa Irina

Hun Haqeem kini dikenali dengan nama 'Jekfer' dari drama "Kampung People".
Hun Haqeem kini dikenali dengan nama 'Jekfer' dari drama "Kampung People".

24 Jan – Pelakon yang semakin melonjak naik Hun Haqeem meluahkan rasa syukur kerana rezeki berlakonnya semakin murah serta menjadi buruan pengarah sejak akhir-akhir ini.

Bermula dengan drama "Cari Aku Di Syurga", kini nama Hun dikenali ramai sejak memegang peranan sebagai Jaafar atau 'Jekfer' menerusi drama "Kampung People" yang mencetuskan fenomena sejak ia ditayangkan.

"Kebetulan rezeki saya murah dengan TV3 selepas impak drama "Kampung People". Saya perlu nikmati semuanya dengan sebaik mungkin. Tak pernah rasa kesal, saya anggap ini rezeki terpijak.

"Ketika menerima tawaran itu, saya tidak pernah menyangka drama berkenaan diminati ramai sampai 'trending'. Lebih utama, drama lakonan saya ditonton seisi keluarga," katanya yang dipetik dari BH Online.

Terbaru, pelakon berusia 22 tahun itu sedang terlibat dengan penggambaran drama "Seindah Tujuh Warna Pelangi" bersama penyanyi Nabila Razali di Batam, Indonesia.


Di samping itu, Hun juga perlu membahagikan jadualnya untuk menjalani penggambaran drama "The Gadis" arahan Liyana Jasmay di bawah syarikat produksi Mermaid Studios.

"Apa yang saya amati, Liyana ada misi dan visi yang segar dalam mengarah. Saya lihat dia banyak melihat karya baharu seperti yang ditayangkan di Netflix sebagai inspirasi," katanya.

(Sumber foto: Hun Haqeem Instagram)

Cinema Online, 24 Januari 2020


Showtimes