Buletin

Janna Nick kongsi pengalaman pertama kali cuba sukan motocross

Penulis: Nisa Irina

 Sifat berani mencuba membuatkan Janna Nick meminati aktiviti sukan lasak.
Sifat berani mencuba membuatkan Janna Nick meminati aktiviti sukan lasak.

2 Jul – Sejak akhir-akhir ini pelakon dan pengacara Janna Nick dilihat semakin meminati aktiviti sukan lasak dan buat pertama kalinya dia memberanikan diri untuk mencuba sukan motocross.

Seperti yang dilihat menerusi Instagram, Janna telah berkongsikan sedikit sedutan video, di mana terjatuh ketika sedang menunggang motosikal lasak tersebut.


Difahamkan apa yang mendorongnya untuk mencuba sukan motocross adalah apabila pelakon Fizo Omar dan Azar Azmi menyertai sukan permotoran 'off-road' baru-baru ini.

"Kali pertama saya mencuba motocross. Dah lah hujan! Pergi lah tengok dekat YouTube! Geng hasut @azarazmi @fizoomar", tulisnya di ruangan kapsyen.

Seperti yang terpapar dalam video pemilik nama asal Nurul Jannah Muner itu, dia dipantau oleh seorang jurulatih motocross serta dibantu oleh Azar dan Fizo.

Terdahulu, Janna turut berkongsikan pengalaman barunya dalam menyertai aktiviti berbasikal secara berkumpulan bersama pengarah Adrian Teh, pelakon Hairul Azreen dan Dini Schatzmann, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Dato' Khairul Anwar Salleh serta penerbit Kevin Foo.


Janna Nick akui dia sudah mula meminati sukan berbasikal walaupun masih baru.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal kembali ke layar perak dengan filem ketiganya berjudul "Pasal Kau" arahan Adrian Teh, sebuah komedi romantik yang menggandingkannya bersama Hairul Azreen.

Selain Janna dan Hairul, filem ini turut dibintangi pelakon "Paskal The Movie" dan "Wira" seperti Amerul Affendi, Henley Hii, Theeban, Taufiq Hanafi, Josiah Hogan dan ramai lagi.

(Sumber foto: Janna Nick Instagram)

Cinema Online, 2 Julai 2020


Showtimes