Buletin

Song Joong-Ki jadi juruterbang kapal angkasa dalam filem baru "Space Sweepers"

Penulis: Nisa Irina

Song Joong-Ki ingin bawakan watak Tae-Ho sebaik sahaja melihat skrip filem.
Song Joong-Ki ingin bawakan watak Tae-Ho sebaik sahaja melihat skrip filem.

11 Ogos – Setelah tiga tahun tidak membintangi filem, aktor Korea Selatan terkenal Song Joong-Ki bakal kembali ke layar perak dengan filem sains fiksyen bertemakan angkasa lepas "Space Sweepers".

Memetik laporan dari Soompi, filem pertama Korea tentang angkasa lepas itu menampilkan Song Joong-Ki sebagai seorang juruterbang kapal angkasa bernama Tae-Ho.

"Saya berkeinginan untuk membawa watak ini sebaik sahaja saya melihat skrip. Saya ingin jayakan watak Tae-Ho kerana personalitinya yang menyerlah.

"Biarpun penampilan luaran Tae-Ho nampak dingin, tetapi dia sebenarnya seorang yang peramah dan dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan apa-apa masalah," ujar aktor drama "Descendants of the Sun" itu.


Sehubungan dengan itu, pengedar filem Merry Christmas telah pun mendedahkan sebuah video 'teaser', memaparkan sebuah kapal angkasa digelar The Victory, berserta kru di dalamnya.

Selain Song Joong-Ki, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Kim Tae-Ri, Jin Seon-Kyu, Yoo Hae-Jin dan aktor British Richard Armitage, yang membintangi filem Korea pertamanya.

Buat makluman lanjut, filem itu juga menandakan kerjasama kedua Song Joong-Ki bersama Jo Sung-Hee selepas filem "A Werewolf Boy" (2012).

Sesi penggambaran telah pun berlangsung pada Julai hingga November 2019, dan filem yang terdahulunya diberi judul "Lightning Arc" itu kini sedang dalam proses pos-produksi.

Berbekalkan kos pembikinan lebih RM89 juta, "Space Sweepers" dijadual untuk tayang pada 23 September 2020.

(Sumber foto: Hello Kpop & Soompi)

Cinema Online, 11 Ogos 2020


Related Movies:
The Battleship Island (Korean) (17 Aug 2017)

Jwplayer article page COSG

Pautan Berkaitan:
Showtimes