Buletin

Kajol dedah babak sukar dalam "Dilwale Dulhania Le Jayenge"

Penulis: Nisa Irina

Kajol berjaya cipta keserasian disamping Shah Rukh Khan.
Kajol berjaya cipta keserasian disamping Shah Rukh Khan.

9 Okt – Biarpun lakonannya sentiasa dipuji ramai, namun bintang Bollywood berbakat Kajol Devgan pernah berasa kurang yakin dengan lakonannya menjayakan satu babak dalam filem klasik "Dilwale Dulhania Le Jayenge".

Menerusi filem arahan Aditya Chopra itu, Kajol yang membawa watak sebagai Simran Singh dikehendaki melakonkan babak sedang mabuk menerusi lagu "Zara Sa Jhoom Loon Main".

Namun sebagai seseorang yang tidak minum minuman beralkohol, Kajol mengakui dia agak khuatir untuk membawa babak lagu itu memandangkan dia tidak berpengalaman.


"Ada sebuah lagu yang saya tak yakin bagaimana hasilnya di skrin: "Zara Sa Jhoom Loon Main". Rasanya ekspresi saya tak nampak mabuk langsung.

"Saya fikir ini tak akan menjadi. Saya sendiri tak percayakan diri saya sebab saya sendiri tak minum minuman beralkohol. Saya tak tahu bagaimana rasanya menjadi mabuk.

"Namun saya bernasib baik kerana babak itu berjalan dengan lancar. Ianya tidaklah seteruk seperti yang saya sangkakan," luah isteri aktor Kajol Devgn itu menerusi Hindustan Times.

Bakat lakonannya dalam filem itu akhirnya berjaya mengangkat nama Kajol ke mata dunia, tambahan lagi dengan keserasiannya dengan 'King of Bollywood' Shah Rukh Khan.

Malah Kajol berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare ke-41 dan dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik oleh Anugerah Star Screen pada tahun 1996.

Dalam perkembangan baru, Kajol akan muncul dalam sebuah filem baru berjudul "Tribhanga" terbitan Ajay Devgn, yang bakal ditayangkan di sebuah platform digital tidak lama lagi.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: medium.com)

Cinema Online, 9 Oktober 2020


Related Movies:
Tanhaji: The Unsung Warrior (Hindi) (10 Jan 2020)
Zero (Tamil) (Not Showing)
Dilwale (Hindi) (18 Dec 2015)
Showtimes