Buletin

Kajol dedah pernah alami keguguran dua kali

Penulis: Nisa Irina

Kajol kecewa kerana tidak dapat serta meraikan kejayaan filem Kabhi Khushi Kabhie Gham... pada 2001.
Kajol kecewa kerana tidak dapat serta meraikan kejayaan filem
Kabhi Khushi Kabhie Gham... pada 2001.

12 Jan – Siapa sangka di sebalik kebahagiaan pasangan selebriti terkenal Kajol dan Ajay Devgn rupanya terselit kisah duka apabila Kajol mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

"Kami merancang untuk mempunyai anak selepas berkahwin. Saya hamil ketika "Kabhi Khushi Kabhie Gham..." ditayangkan pada 2001, tetapi keguguran.

"Saya kecewa kerana terpaksa tinggal di hospital dan tidak dapat meraikan kejayaan filem itu. Selepas itu, saya mengalami keguguran buat kali kedua.


"Ianya tidak mudah tetapi kami berjaya mengharunginya bersama. Kini kami mempunyai Nysa dan Yug dan keluarga kami sudah lengkap," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Pasangan Kajol dan Ajay telah berkahwin selama lebih 20 tahun dan bergandingan di layar perak buat kali pertama menerusi filem "Hulchul" dan "Gundaraj" pada 1995.

Sejak itu, mereka telah bekerjasama dalam beberapa filem lain seperti "Dil Kya Kare", "Ishq", "Pyaar Toh Hona Hi Tha" dan "Raju Chacha".

Terbaru, pasangan itu kembali bergandingan menerusi filem biopik sejarah peperangan berjudul "Tanhaji: The Unsung Warrior" arahan Om Raut. Filem itu kini berada di pawagam bermula 10 Januari.

(Sumber foto: Kajol Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)

Cinema Online, 12 Januari 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes