10 Nov – Setiap persahabatan ada jatuh bangunnya, begitu juga dengan persahabatan antara dua nama besar Bollywood, Karan Johar dan Shah Rukh Khan yang bertahun-tahun lamanya. Namun begitu, Karan, atau lebih mesra disapa KJo, mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyukai Shah Rukh Khan dan menganggap lakonan raja Bollywood itu berlebih-lebihan. Pengakuan itu diabadikan sebagai memori dalam autobiografinya berjudul "An Unsuitable Boy" yang diterbitkan pada tiga tahun lalu. "Shah Rukh Khan melangkah ke industri Bollywood pada 1991, dan saya bukan peminatnya. Secara ironik, dia orang terakhir yang saya suka. Namun rakan saya Apoorva Mehta sukakannya.