Buletin

Kartik Aaryan jelas tindakan padam video selepas dikecam netizen

Penulis: Nisa Irina

 Kartik Aaryan memberitahu adiknya Kritika Tiwari tak kisah dengan video tersebut.
Kartik Aaryan memberitahu adiknya Kritika Tiwari tak kisah dengan video tersebut.

25 MeiAktor Kartik Aaryan tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya memadam sebuah video TikTok selepas netizen menuduhnya menggalakkan keganasan rumah tangga terhadap adiknya Kritika Tiwari.

Menerusi video itu, Kartik dilihat menarik rambut Kritika dan menolaknya keluar sehingga adiknya dilihat seakan-akan jatuh dari balkoni gara-gara masakan gadis itu tidak menyelerakan.


Walaupun Kartik telah memadam video itu di laman Instagram miliknya, namun para peminat sempat memuat turun kemudian memuat naiknya semula menerusi Twitter.

 

Biarpun video itu hanya sekadar gurauan dan dianggap lucu oleh ramai peminatnya, namun ada juga di antara mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan aktor itu berbuat demikian.

Malah penyanyi Sona Mohapatra turut mengecamnya dengan mengatakan aktor itu terkenal dengan filem-filem misoginistik dan berbangga untuk meneruskannya dalam video tersebut.

"Ia dikatakan saya menggalakkan keganasan rumah tangga. Fikirkan balik, jika itu adalah isunya, anda tak rasa ke yang adik saya akan menolak untuk melakukannya dari awal? Atau ibu saya? Mereka telah menontonnya sebelum kami memuat naik video itu.

"Kadangkala sesuatu perkara itu akan diperbesar-besarkan. Selepas saya memadam video itu, ramai yang tanya mengapa saya memadamnya. Semua perkara ada dua sisi yang berbeza.

"Anda hanya perlu ikutkan saja, tetapi saya tidak menggalakkan apa-apa dalam situasi ini. Saya tahu ia mengganggu sentimen sesetengah pihak, jadi sebab itu saya padam," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Beralih ke perkembangan kariernya, Kartik kini terlibat dengan buah projek filem sekuel iaitu "Bhool Bhulaiyaa 2" bersama Tabu dan Kiara Advani, serta "Dostana 2" bersama Janhvi Kapoor dan Laksh Lalwani.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Mumbai Mirror)

Cinema Online, 25 Mei 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes