Buletin

Vicky Kaushal dan Katrina Kaif hanya teman rapat

Penulis: Ashraf Nasser

Kedua-dua selebriti Vicky Kaushal dan Katrina Kaif nafi mereka bercinta.
Kedua-dua selebriti Vicky Kaushal dan Katrina Kaif nafi mereka bercinta.

11 Feb – Setelah lama berita mengenai dua bintang terkenal Bollywood, Vicky Kaushal dan Katrina Kaif tidak mendapat tumpuan, namun kini kedua-dua mereka kembali bualan hangat ramai apabila dikatakan menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun aktor Vicky tampil mengulas gosip tersebut dengan berkata; "Saya tidak rasa saya perlu jelaskan apa-apa. Saya seorang yang sangat terbuka dengan kehidupan peribadi saya kerana saya tidak pandai menipu. Jadi tiada cerita apa yang hendak diceritakan," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Dalam pada itu, Katrina turut tampil menjawab spekulasi itu dengan menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa.


"Gosip seperti ini adalah lumrah kepada kami sebagai selebriti. Saya tidak ambil pusing dengan gosip seperti ini kerana saya sudah matang untuk memahami apa yang paling penting adalah kerja yang anda buat.

"Ini pilihan kami untuk terlibat dalam dunia seni, jadi kami perlu bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuklah gosip cinta seperti ini. Ada kalanya betul dan ada kalanya tidak betul."

Sementara itu, Vicky dan Katrina kembali mendapat perhatian selepas ada sumber terdekat mendedahkan hubungan mereka semakin rapat tetapi bukanlah sebagai pasangan kekasih secara rasmi.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: India Today)

Cinema Online, 11 Februari 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes