Buletin

Kriti Sanon terbuka untuk berlakon dengan Hrithik Roshan

Penulis: Nisa Irina


Kriti Sanon akui sudah lama meminati Hrithik Roshan.

26 Mac – Aktres Kriti Sanon tampil menafikan spekulasi bahawa dia mempunyai projek filem baru bersama bintang filem aksi Hrithik Roshan.

Walau bagaimanapun, Kriti memberitahu dia sentiasa terbuka untuk bergandingan dengan Hrithik dalam filem jika diberi peluang pada masa akan datang.

"Sudah tentu saya ingin bekerja dengan Hrithik. Sudah beberapa kali saya memberitahu tentang ini. Saya merupakan peminatnya dan saya ada menyimpan posternya di dalam bilik tidur saya.


"Saya juga pernah bertemu dan berbual dengannya. Hrithik mempunyai perwatakan yang menarik, seseorang yang memberi inspirasi dalam apa jua yang dilakukan.

"Saya memang menantikan filem bersamanya. Saya harap peluang ini akan tiba tidak lama lagi dan apa jua spekulasi yang orang di luar sana bicarakan, saya harap ia akan jadi kenyataan," katanya menerusi Times of India.

Dalam perkembangan terbaru, Kriti kini sedang berehat dari penggambaran filem "Mimi" yang ditangguhkan sementara sehingga pandemik virus COVID-19 mulai reda.

Filem berkonsepkan ibu tumpangan itu diarahkan Laxman Utekar, dan menampilkan barisan pelakon lain seperti Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar, Manoj Pahwa, Supriya Pathak dan Amardeep Jha.

Diterbitkan oleh Dinesh Vijan, "Mimi" dijangka akan menemui penonton pada Julai 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Kriti Sanon Instagram)

Cinema Online, 26 Mac 2020


Showtimes